Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
100 Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W
Phase 1: Tawaduk penghapus kesombongan (1-10)
1. Ikhlas pembersih kekotoran hati
Menjaga hati adalah penjagaan kebersihan yang memang dilupakan. Dalam banyak2 kekotoran hati, penyakit syirik merupakan penyakit yang paling bahaya. Apabila tidak iklas, maka sifat riak akan timbul.
Menjaga hati adalah penjagaan kebersihan yang memang dilupakan. Dalam banyak2 kekotoran hati, penyakit syirik merupakan penyakit yang paling bahaya. Apabila tidak iklas, maka sifat riak akan timbul.
2. Setiap amalan mestilah ikhlas
Sifat tidak ikhlas dalam amalan & bertujuan menunjuk2 adalah sifat orang munafik. Selain ikhlas kita haruslah memenuhi hati kita dengan rasa cinta kepada Allah S.W.T & mempunyai rasa rendah diri.
Sifat tidak ikhlas dalam amalan & bertujuan menunjuk2 adalah sifat orang munafik. Selain ikhlas kita haruslah memenuhi hati kita dengan rasa cinta kepada Allah S.W.T & mempunyai rasa rendah diri.
3. Sombong penghalang masuk syurga
Orang yang sombong akan binasa. Iblis dihalau dari Syurga kerana sombong & tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s. ;Qarun & seluruh hartanya kerana sombong dengan kaumnya sendiri & Allah S.W.T; Firaun & bala tenteranya tenggelam ke dalam laut kerana sombong & mengakui dirinya Tuhan; kaum Nabi Luth yang mengamalkan hidup sesama jenis diterbalikkan tempat tinggal mereka.

4. Maafkanlah, jauhi marah & dendam
Wasiat Rasulullah S.A.W kepada kita adalah "Janganlah kamu marah". Orang yang tidak dapat memaafkan orang lain & berdendam maka hatinya tidak akan tenteram & sentiasa berprasangka buruk dengan orang lain.

5. Hindari perbuatan mengumpat
Mengumpat ialah menceritakan/ menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Dosa mengumpat sama seperti memfitnah hanya diampunkan oleh orang yang diumpat tersebut. Mengumpat adalah seperti "memakan daging busuk saudara sendiri".
6. Banyak bercakap banyaklah dosa
Seseorang itu bukanlah orang mukmin jika suka menuduh, melaknat, bercakap yang sia-sia atau mengeji. Jika kita seorang yang beriman kepada Allah S.W.T & hari kiamat, hendaklah kita mengucapkan kata-kata yang baik, jika tidak hendaklah kita diam.
7. Tutuplah keaiban orang lain
Jika kita menutup keaiban orang lain, Allah S.W.T akan menutup aib kita pada hari kiamat kelak. Perbezaan orang kafir & orang mukmin; orang mukmin yg masuk syurga sangat gembira diberitakan untuk bertemu Allah S.W.T, tetapi orang kafir apabila diberitahu mengenai seksa & pembalasan Allah, mereka tidak suka untuk bertemuNya.
8. Sifat pemaaf, bersih hati & penenang jiwa
Orang yang pemaaf hampir disisi Allah. Kekuatan bukan diukur dengan kehebatan semasa pergelutan tetapi seorang itu kuat apabila dia dapat menguasai diri ketika marah.
Al-Quran, Ali Imran ayat 132, Allah mengigatkan:
"Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan"
9. Buruk sangka tanda hati rosak
Buruk sangka terbahagi kepada dua; buruk sangka yang baik (bersangka orang yang melakukakn kejahatan akan beruba kearah kebaikan) & buruk sangka yang bertujuan jahat (menjatuhkan maruah & kedudukan seseorang).
10. Pemfitnah akan muflis di akhirat
Mengada-ngadakan cerita yang tidak benar; berdosa besar. Dosa memfitnah tidak diampunkan Allah S.W.T kecuali orang yang difitnah itu mengampunkan pemfitnah.
Muhd Nasruddin Dasuki; 100 Pesanan Terakhir Rasulullah, grupbuku karangkraf
No comments:
Post a Comment