Regardless of what people say or think about you, just remember that the only one you have to please is ALLAH

Monday 20 April 2015

Review: Favorites Perfume Collection from Body Shop

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Pelbagai jenis minyak wangi yang terdapat di pasaran, pelbagai bau & pelbagai design.Fahami apa perbezaan antara pelbagai jenis minyak wangi yang dijual di pasaran supaya kita lebih peka & menjadi pembeli yang Bijak!

Kepekatan pewangi adalah bergantung kepada nisbah "PERFUME OIL di dalam larutan (e.g. Alcohol). Semakin tinggi kepekatan PERFUME OIL (kandungan alcohol yang rendah), semakin wangilah ia.


Selalu dengar EDP (Eau de Perfume) & EDT (Eau de Toilet) kan? Apa beza tu?

EDP lebih tahan lama kerana kepekatannya (Perfume Oil) adalah tinggi dan mengandungi kandungan alcohol yang rendah. EDP lebih tahan lama sehingga 4-5 jam.

EDT hanya bertahan lebih kurang 2-3 jam sahaja dan lebih popular dikalangan penggemar minyak wangi kerana harganya yang murah & sesuai digunakan setiap hari dan pemakain berulang kali.

Pilihan saya adalah EDT daripada Body Shop, my favorite so far adalah: 

1. VANILLA EAU DE TOILETTE (RM 59.90; 30mL)

Best seller EDT daripada Body Shop. Bau Vanilla memang best & kuat menusuk sedikit sesuai dipakai untuk aktiviti lasak atau santai. Kalau nak lagi best match perfume ni dengan body lotion Vanilla, memang syiok!.


2. HONEYMANIA™ EAU DE TOILETTE (RM 59.90; 30mL)

Yang ini baunya sweeeeeeet sangat macam lah bau madu. Kalau nak rasa sweet2 manis2 bolehlah pakai yang ini sesuai dipakai jalan- jalan pergi shopping.


3. SATSUMA EAU DE TOILETTE (RM 59.90; 30mL)

Satsuma adalah sejenis buat citrus yang terkenal di Jepun. Jadi perfume Satsuma EDT ni sangat kuat dengan bau citrus ibarat baru lepas makan buah mandarin. Bila pakai maka seluruh badan akan berbau segar mandarin, hilang & ternyah bau-bau peluh yang masam. Lelaki pon boleh pakai pau sikit GF atau isteri punya :)


4. STRAWBERRY EAU DE TOILETTE (RM 59.90; 30ML)

Wangi & bau lebih kurang sama dengan No. 2 (Honeymania), tetapi manisnya adalah manis buah Strawberry, sila bayangkan. Boleh dikatakan bau manisnya halus sedikit daripada Honeymania sesuai untuk occasion yang rileks, santai & tak berpeluh.

Tips nak membeli EDT daripada Body Shop:

1. JIMAT -  Beli semasa Sale (CNY, Christmas, Year End Sale Y.E.S), beli semasa bulan hari jadi (- 20%), atau semasa promosi (e.g. follow kawan yang member Body Shop).

2. Body Shop pernah melakukan kempen recycle, dengan setiap botol kosong yang dah habis isinya, jangan buang macam tu sahaja. Boleh simpan & pulang semula (recycle) kepada Body Shop, RM1 akan ditolak daripada pembelian anda. Syarat kena beli produk yang sama, dan produk tidak dikira harga diskaun. Buang tong sampah pulangan balik RM0!.

3. Beli beberapa jenis, strong & soft/ sweet scent jadi boleh variasikan pewangi mengikut tema, mood & occasion.

WANGI ITU CONFIDENT!

1 comment: