Regardless of what people say or think about you, just remember that the only one you have to please is ALLAH

Thursday, 16 April 2015

Review: Spa Treatment/Terapi (Shah Alam)

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmannirrahim.

Tentang spa treatment/terapi:

  • Bukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, tetapi spa (penjagaan badan keseluruhan).
  • Spa (Solus per aqua) bermaksud terapi air. Spa adalah tempat kecantikan, perawatan tubuh, kesihatan, kesegaran.
  • Kebaikan spa adalah menghaluskan, menganjalkan, memutihkan dan memberi nutrisi pada kulit. Mengendurkan ketegangan otot, detoksifikasi tubuh, meningkatkan imunisasi tubuh, mengurangkan ketidakselesaan tubuh, kemarahan & stress, mencegah allergi.

Review 1: Tini Spa Shah Alam 
Lokasi: 
Seksyen 7, deretan shop lot (Restoran Pakli, Lab Cafe, etc)
Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Sleangor.


Website:

Experience:
Pertama kali buat spa, baru nak belajar rasa apa pergi spa. Tak berapa nak ingat dah. Konsep moden treatment & decoration moden. First kena isi details, buat survey tentang body (beberapa soalan yang akan menggambarkan keadaan diri & masalah kulit/ badan).First time spa takut-takut mahal, so just try urutan badan & body scrub. Sebelum tu as usual akan rendam kaki dalam air bunga-bunga & foot massage. Then proceed urutan badan & body scrub (boleh la pilih nak minyak apa, nak scrub jenis apa).Untuk facial just buat normal facial guna produk Dermalogica produk. As usual lepas datang sekali dia akan bagi voucher so nak kita datang lagi dan lagi dan lagi. Tapi in the end hanyalah sekali.



Review 2: Cendana Spa Shah Alam 
Lokasi: 
Seksyen 7, deretan shop lot (Restoran Pakli, Lab Cafe, etc)
Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Sleangor.


Website:

Experience:
Kalau perasan lokasi berdekatan dengan Tini Spa sebab memang dekat area yang sama. Konsep spa ala-ala tradisional (Bali konsep). Preferred spa dah pergi lebih dari 3 kali :). Pakej kat sini agak berbaloi & mesra wallet. Normal akan ambil pakej basic (urutan, body scrub, mandi susu, steam) & additional scalp treatment kalau perlu. Sangat sibuk kalau hujung minggu & susah nak dapat slot kosong kalau weekend unless ada customer cancel last minit.

Spa ni jugak dipilih sebelum wedding day. So far so good. Mereka layan dengan baik, boleh tolerance mintak break untuk solat which was very2 good & siap pinjam telekung. Pakej pengantin sangat lama dari petang around 3pm - 8pm. So surprise in between ada break lepas urut, steam, mandi susu; mereka hidangkan makanan (Nasi Ayam & Teh O Ais Limau), so far memang tak tahu & not include meal pon dalam pakej :).

Once pergi dengan sahabat baik, dia punya urutan lama & kita just nak steam dan mandi susu. So masa mandi susu dia bagi rendam lama-lama sementara tunggu urutan kawan tu siap which was enjoyable (depend masa tu ramai orang ke tak).



Review 3: Alammi Spa Shah Alam 
Lokasi: 
Dalam bangunan Hotel Concorde Shah Alam.
Cocncorde Hotel Shah Alam, 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9, 40100 SA.


Website:

Experience:
Pilih spa ni selepas kahwin & main reason nak bawak husband. Nak bagi husband rasa spa & memang susah sangat nak cari spa yang ada body massage untuk lelaki. Puas survey akhirnya jumpa Alammi Spa, dan kebetulan dalam FB Official ada promo body massage lelaki. Main reason pergi nak bawak husband tapi join la sekali; simple pakej for me sebab pregnant.

For husband urutan badan & dia pilih steam after that, For me no body massage just hair & facial treatment (add on neck & head massage), followed by steam after that. 

Actually spa ni originally well known as Tanameera Spa, don't know kenapa la nama tukar jadi Alammi Spa. Konsep & produk daripada Tanameera Of Course!. So first time facial & hair treatment guna Tanameera, so In Love tiba2 dengan Tanameera; budak kampung.

Point tak best sebab lokasi dalam hotel so Guy & Girl no border & not Muslimah friendly. Pandai2 la jaga diri sendiri & cover nak pergi keluar dari bilik urut ke steaming room. Of course bilik rawatan separate by gender. Steaming room sangat besar macam dalam drama Korea & masa pergi tak ramai orang so sesorang fefeeling dalam bilik tu dengan asap2 panas steam, sekejap lari sini sekejap lari sana.

Best part pekerja dia friendly & amanah. Kenapa? suatu kejadian berlaku bila payment swipe kad debit 3 times, dia claim tak boleh. Third time success; tapi dah balik rumah perasan 3 times deduction drpd bank. gelabah mai ai!. Tapi Alammi Spa bagi cooperation & mereka follow up balik & alhamdulillah payment terlebih tu dikredit balik. And sebab Alammi saya suka Tanemeera produk; review soon.

Love Spa, Love Terapi. Love Your Body :)

No comments:

Post a Comment