Regardless of what people say or think about you, just remember that the only one you have to please is ALLAH

Wednesday, 15 April 2015

Resipi: Laksa Perak

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.


RESIPI LAKSA PERAK

Bahan- bahan Utama:
1) Ikan sardin (1kg - 6 ekor saiz besar)
2) Sardin dalam tin ( sedap King Cup tin kecil)
3) Laksa (Basah/ kering)

Bahan- bahan tumisan:
1) Bawang merah India (4 biji besar)
2) Cili blend (8 sudu besar)
3) Cili padi (6/8/10 biji)
4) Ikan bilis (segenggam tangan)

Bahan- bahan sampingan:
1) Daun kesum
2) Bebola ikan/ fish cake
3) Bunga kantan (optional)
4) Asam keping
5) Garam
6) Gula

Step 1 (Bahan utama):
1) Ikan sardin fresh dicuci sebaiknya & rebus bersama air dan asam keping.
2) Setelah direbus, isi ikan diasingkan daripada tulang manakala air rebusan disimpan.
3) Isi ikan dikisar sehingga hancur halus.
4) Lebihan tulang dan kepala ikan yang tertinggal dikisar dan ditapis airnya. Buat berulang kali untuk mendapatkan air ikan yang lebih untuk digunakan sebagaij kuah laksa,
5) Ikan sardin dalam tin diasingkan daripada sos, dan dibasuh sehingga tiada rasa sos.
6) Ikan sardin tin yang sudah bersih dikisar seperti langkah (3).

Step 2 (Bahan tumisan):
1) Bawang besar India, cili padi, ikan bilis dikisar sehingga halus.
2) Panaskan pot/ periuk dan tuang sedikit minyak cukup untuk menumis.
3) Tumis bahan (1) yang dikisar sehingga naik bau.
4) Masukkan cili blend dan tumis kesemuanya himgga naik minyak. Tumisan yang lama sehingga betul-betul naik minyak dapat mengelakkan sakit perut disebabkan pedas daripada cili yang digunakam, malahan kuah laksa akan berasa lagi sedap jika ditumis lama.

Step 3 (Kuah):
1) Setelah tumisan selesai, tambahkan isi ikan yang dikisar daripada "Step 1".
2) Isipadu kuar ditambah dengan menggunakan lebihan air rebusan ikan dan air daripada kisaran tulang ikan daripada "Step 1".
3) Asam keping yang digunakan semasa merebus ikan dimasukkan dalam kuah,beserta daun kesum yang telah dicuci.
4) Special addition orang perak - Bebola ikan dan fish cake dipotong mengikut kehendak saiznya dan ditambah dalam kuah laksa.
5) Tambahkan gula & garam secukup rasa.

P/S:
Jangan sesekali guna ajinomoto. No GOOD!
Bunga kantan boleh ditambah, TAPI tak sesuai untuk orang yang angin satu badan.
Belacan adalah pilihan, kes saya dielakkan sebab keluarga ada masalah resdung serius :(

Masak Sihat, Makan Sedap:)

No comments:

Post a Comment