Regardless of what people say or think about you, just remember that the only one you have to please is ALLAH

Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Sunday, 26 April 2015

Pregnancy: Prosedur Check-up Knilik Kesihatan

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Prosedur Chek-up Klinik Kesihatan (KK) - Klinik Kesihatan Bandar Botanik, Klang:



Klinik Kesihatan Bandar Botanik, Klang

1. First time datang - bukak buku merah - nurse interview personal details, family history (penyakit sendiri, husband, mak ayah) - sejarah kandungan (gugur/tak, kandungan keberapa, ada genetik kembar/tak), etc. Mention nama area tempat tinggal untuk match check-up dengan nurse kawasan masing2 (bilik check-up lain2 untuk kawasan tempat tinggal yang berbeza)

2. Regular check up - sampai KK letak buku merah dalam bakul temujanji (contoh temujanji pukul 2pm, buku pon masuk dalam bakul 2pm).

3. Tunggu nurse panggil nama (nurse nak match buku yang dibawa ibu mengandung dengan buku merah yang disimpan di KK). Bayi2 didahulukan, jadi kesabaran yang tinggi diperlukan masa menunggu nama dipanggil.

4. Nurse panggil nama, bagi dua2 buku merah & mintak ke Lab ambil darah. Nurse akan selit dalam buku merah bekas nak amek darah.

5. Lab - letaklah buku anda dalam raga & tunggu pulak nurse dr lab panggil masuk untuk ambil darah. Selesai ambil darah, buku merah & darah tu hantar ke belakang tempat mereka nak cek guna instrument. Sambil tu orang dari lab akan bg bekas untuk ambil sampel urin. Selesai ambil urin, hantar sampel urin kat lab semula & tunggu kat depan lab balik untuk nurse bg semula buku pink dengan result darah & urine.

6. Dah dapat result, buku merah dengan result lab hantar semula ke kaunter pendaftaran dalam bakul yang disediakan. Lepas tu boleh la duduk menung depan bilik kawasan masing2 untuk tunggu nombor giliran kena panggil. 

7. Nombor naik je, cepat2 masuk bilik check-up dengan nurse kawasan masing2. First nurse suruh pergi timbang berat badan sendiri kat penimbang, kemudian duduk n inform la berapa berat badan. Nurse pon continue cek tekanan darah tinggi, review result darah & urine, review berat. Mana yang result tak ngam tu siapkan telingan untuk bebelan dari nurse. 

8. Nurse ni akan refer jadual sama ada kita perlu proceed jumpa doktor atau tak. Tapi certain kes (berat badan naik mendadak, Hb level rendah, kencing kotor, etc), mereka akan mintak proceed jumpa doktor. Kalau result tip top semua bagus, boleh balik terus & pergi farmasi kalau perlu untuk ambil ubat memandangkan nurse akan tanya stock ubat ada lagi atau tak (nurse akan keluarkan slip ubat). 

9. Kalau kena jumpa doktor, kena tunggu nombor giliran naik sekali lagi, dan jumpa doktor untuk update.

10. Selesai jumpa doktor kena pergi jumpa balik nurse untuk set next appointment tarikh & masa.

Banyak prosedur, banyak bersabar.

Wednesday, 22 April 2015

Pregnancy: 33weeks pregnancy with bleeding

Assalamualaikum. 
Bismillahirrahmanirrahim. 

Pregnancy 33 weeks with bleeding? - Curious what happened.

Panel clinic/ Hospital bersalin:
Hospital Bersalin Umra (Shah Alam)

Kronologi:

  • After dah register & inform what happened, masuk bilik untuk cek berat, tekanan darah & urine test.
  • Waiting & waiting nak jumpa dengan doktor. Maybe special case bleeding during pregnancy dapat refer dengan Dr. Ummul Wahiy (famous & preferred doc kalau sebut Hospital Umra - wife to owner of Umra's Hospital).
  • Explanation from doc ubatan yang diambil mungkin tidak sesuai semasa mengandung. So far just ambil Iberet Folic Acid & Shaklee Omegaguard. Doc explain nisbah kandungan DHA:EPA dalam Omegaguard adalah tidak di dalam nisbah yang sesuai untuk perempuan mengandung (especially my case with HbE; carrier Thalasemia). Shaklee Omegaguard lebih sesuai untuk orang berumur dengan penyakit high blood pressure since dia akan membantu mencairkan darah. Jika mengandung ianya mencairkan darah; and she suspect thats why bleeding happened.
  • Next procedure was normal ultrasound check - informed berat baby @ 33 weeks was 2kg.
  • Next was pemeriksaan lower part; doc check sudah ada bukaan 1cm & discharged with bleeding. Sample kena ambil dari bahagian bawah untuk test any infection.
  • Back to normal discussion dengan doc nak tahu next update. Dia inform kena pergi ke Hospital dalam hari yang sama juga - incase akan deliver baby awal sebab ada Bleeding & Cervix Opening 1cm.
  • Kaku & blur lepas dengar; next step balik rumah dulu makan tengah hari, pack barang everything in case pergi hopsital suddenly kena tahan ward.

Gov Hospital:
Hospital Putrajaya

Kronologi:
  • Terus ke Bahagian O&G, tak ramai orang. Inform receptionist & inform ada bleeding & 1cm bukaan.
  • Reply dia mereka boleh buat pemeriksaan tetapi Hosp Putrajaya tak boleh terima kalau kena warded sebab tak cukup katil & katil semua kalau ada orang dah queu.
  • So, worst case is cek dekat Hosp Putrajaya, kalau warded kena hantar ke HKL/ Hospital Kajang.
  • Lebih baik cari hospital yang boleh terima; next destination HUKM.

Semi Gov Hospital:
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Kronologi:
  • Bahagian O&G, inform masalah & kena register sebab tak pernah pon pergi sana. Try & error je. Alhamdulillah ada sikit bebel sebab tak pernah datang check up sana, tapi still mereka ambil case tu.
  • After dah isi form semua maklumat, ambil urine sample untuk test. Then nurse panggil masuk bilik pemeriksaan.
  • 1st adalah cek blood pressure dan pasangkan alat CTG (Cardiotocography or CTG is a test usually done in the third trimester ofpregnancy. It is done to see if your baby's heart beats at a normal rate and variability. Normally, a baby's heart rate is anywhere between 110 and 160 beats per minute and increases when the baby moves)At first tenang, tapi maybe nervous nurse asyik keluar masuk inform kenapa bacaan terlampau tinggi. Mereka mintak mengiring & bacaan pon tenang balik. Nurse bertugas pon panggil Doktor untuk datang cek.
  • 2nd doktor datang dan buat ultrasound biasa nak tengok berat baby & in case ada masalah uri kebawah (placenta previa). Alhamdulillah uri di atas.
  • 3rd again kena cek lower part, doktor cek bukaan now dah 2cm & again ambil sample untuk buat test infection.
  • So, informed kena tahan ward. Tapi sebelum naik ward kena injection Dexa (untuk matangkan paru-paru baby in case dia nak keluar awal), sakitnya Dexa tu kebas buntut dalam 15 minit. Dengar jugak doktor buat call tanya availability of ventilator.

My case, kena warded dalam HDU unit (High Dependency Unit) selama 4 hari & ward biasa 2 hari.
Alhamdulillah getting better & baby masih nak stay dalam tummy.

So in case anyone ada case bleeding semasa mengandung, jangan ambil mudah cepat2 buat pemeriksaan.

Love Your pregnancy, Love Your Baby.